Thursday, 25 August 2011

Mane Aku Jumpe Ntah

Posted by Cikqa Ohsem at 2:40 pm 1 comments

3 EKOR PONTIANAK
               
                Maka tersebutlah kisah perihal 3 ekor pontianak. Memasing nak nunjuk siapa yang paling terer. Mereka pun mengadakan sebuah pertandingan tunjuk sapa paling power.
               
                Pontianak yang paling muda diberi kesempatan untuk memulakan pertandingan. Lalu dia pun terbang secepat kilat, tak sampai 2 minit dah balik. Mukanya penuh dengan lumuran darah, dan menyeramkan. Terus dia berkata, "Korang nampak kampung kat seberang bukit tu?". Yang dua ekor pontianak tu mengangguk, "Iya, nampak." Satu kampung tu itu...habiissss aku kerjakan!!!!" Bengang jugak dua ekor pontianak tu dengar keangkuhan pontianak muda tu.
               
                Kini giliran pontianak yg setengah abad tu pulak. Dia pun pergi sekelibat jugak, tak sampai 1 minit dah balik, mukanya juga penuh dengan cucuran darah. "Korang nampak bandar tu ?", katanya dengan muka yg kerek. "Iya, nampak", yang dua ngangguk juga. "Satu bandar itu juga habiiissssss!!!", kata pontianak yg setengah abad sambil ketawa.
               
Pontianak yang satunya lagi tambah panas, dia pun nak show off jugak. Dia pun tunjukk skill terbang cam kilat. Amat lah terperanjatnya dua sahabatnya, sebab tak sampai setengah minit dia dah balik, dengan penuh cucuran darah di mukanya... Lalu pontianak yg 2 ekor tu berkata, " Gile ahh dia ni. Tak sempat aku nak duduk, dia dah balik. Memang power aa". Sambil menggosok-gosok hidungnya pontianak tu pun berkata , "korang nampak tembok batu tu?" "Nampak ! Nampak!", kata yang 2 ekor tu... "Err… tadi aku tak nampak".


 POKOK KELAPA
               
                Seorang budak kecil sedang memanjat pokok mangga di tepi rumahnya, tetiba dibawahnya melintas penghulu kampung tersebut sambil memandang keatas. "Masyaallah" Tok penghulu tersebut tetiba bersuara dan menyuruh budak kecil tersebut turun. Setelah budak kecil itu turun, Tok penghulu memarahi beliau.
Tok penghulu berkata, “Hey budak, lain kali kalau nak memanjat pokok, pakai seluar dalam dulu. Tak senonoh betul”. Tok penghulu tersebut memberikan wang RM5.00 dan menyuruh budak itu membeli seluar dalam.
                Setelah pulang kerumah,budak tersebut menceritakan segala-nya kepada emaknya. Esok pagi-pagi lagi, emak budak tersebut pula memanjat pokok tersebut tanpa memakai seluar dalam. Dalam hatinya berkata, "kalau anak aku boleh dapat RM5.00, aku yang dah besar ni, koman-koman boleh dapat RM20.00".
                Seperti semalam, tok penghulu sekali lagi melintas kawasan tersebut sambil memandang ke atas.
                "Masyaallah" sekali lagi tok penghulu terkejut sambil terduduk dan terus memanggil emak budak tersebut turun. Dengan hati yang gembira kerana perangkapnya untuk mendapat RM20.00 akhirnya hampir menjadi kenyataan, Tok penghulu berkata, "Kamu dengan anak kamu sama saja, dah tahu nak panjat pokok, pakai lah seluar dalam. Tak senonoh betul”. Selepas selesai membebel Tok penghulu menyeluk poketnya dan mengambil wang lalu berkata, "Nah 50 sen, pergi beli pisau cukur..”


KISAH KAMBING DAN AYAM

Satu petang, KAMBING terserempak dengan AYAM.

KAMBING pun mengejek :
 "Uh...apa la ko ni, yam... Harap baju je cantik, Tapi berkaki ayam."

AYAM pun menjawab :
 "Ea? Lorr....ko pun sama gak. Harap je ada janggut, pura-pura
alim konon... telur nampak."

Wednesday, 24 August 2011

Bahasa Jiwa Bangsa

Posted by Cikqa Ohsem at 1:55 pm 0 comments

Waktu aku dok termenung sorang2, tibe2 aku terfikir. Tahun ni dah masuk 3rd & gonna be the last year aku stay Kedah tapi sampai sekarang aku tak boleh cakap loghat Kedah pun. Aku cuma boleh faham tapi tak reti nak cakap balik. Dulu aku ingat loghat utara tu semua sama. Tapi sekarang aku dah tau beza loghat Kedah, Penang & Perlis. Camtu jugak ngan loghat Kelantan. Since 1st sem aku kat UUM, aku stay ngan roommate dak Kedah & Kelantan. Dalam bilik, kitorang prefer cakap bahasa standard sebab risau2 masing2 tak faham. Roommate Kelantan aku siap buatkan dictionary Kelantan kat belakang note book aku. Sebabnye, org Kelantan boleh dikatakan salah satu golongan majority gak kat UUM ni. And diorang slumber je akan cakap dalam bahasa diorang, even dengan orang yang dari negeri lain termasuklah dengan lecturer. Aku selalu dengar certain words tu tapi tak tau maksud. So, bile aku free, aku hafalkan la dictionary aku tu.

Abang aku lak dah 6 tahun stay kat Labuan. 1st year die duduk sane, dah fasih dah dengan bahasa kat sane. Bile balik kg, eksyen kau siap cakap loghat sane ngan kitorang. Konon2 tersasul la. Maybe sebab die travel secara solo & kat sekeliling die memang pure org Labuan, nak taknak die kena ikut la cara diorang. Cube aku lak sorang2 dok pedalaman India. Balik kg je, Urdu kau. Sorang lagi abang aku fasih bahasa Sarawak. Untunglaa dapat wife org Kuching. Wife die lak dah boleh cakap n9. Nape semua orang dapat? Nape aku tak? Ahhh.. Jeles!

Thursday, 18 August 2011

Aku Adalah Aku

Posted by Cikqa Ohsem at 1:35 pm 0 comments


Pabila hampirnya waktu berbuka, jarak diri aku ngan meja pun semakin hampir. Mata pula tidak lekang dari melihat jam. Sebaik azan Maghrib berkumandang, aku mengambil kuantiti nasi yang sama seperti orang dewasa yang lain, tanpa perlu nasi tambah lagi sepinggan. Dan semenjak aku rajin bersahur, baru kali ini aku perasan bahawa kuantiti nasi aku waktu bersahur dengen berbuka sama tidak jauh berbeza. Hal ini adalah kerana mereka yang datang di meja makan paling lambat pun lagi awal habis dari aku. Nasi mereka sekadar 2,3 suap, cukup untuk membuat tahi gigi. Lagi pelik bila keadaan di meja makan begitu sepi tanpa sebarang bunyi. Adakah aku atau mereka yang berada di luar kebiasaan? 

Saturday, 13 August 2011

Dak Dora

Posted by Cikqa Ohsem at 9:30 am 0 comments

Friday, 12 August 2011

Skema

Posted by Cikqa Ohsem at 12:50 pm 2 comments

Assalamualaikum..

Hari ni buat kali yang keduanya aku bangun sahur sepanjang Ramadhan ni. Nak ikutkan hati memang malas gile nak bangun tapi lapar gile weh.. Berselera tol aku makan. Lepas aku dah kenyang, aku pun lepak kat bilik tengok akak aku bersiap nak pergi keje. Die ni pun boleh tahan gak sengal nye. Bile die dah siap, die terus ajak aku ikut die gi tempat keje die utk wat ic baru. Sebabnya die berbulu tengok aku still pakai ic  yang waktu aku umur 12 tahun tu. Haihhh, malas tol aku. Niat nak tukar tu ade tapi bukan la sekarang. Nilai estetika tinggi kot tu. Tapi an.... Damn! Die saje je nak kenakan aku. Die dah siap baru die bagitau. Pastu dok suh aku siap cepat. Nak roboh pintu bilik air tu die ketuk. Aku keluar, die sengih je. Yang paling tak best nye, eyebag kat mata aku ni. Malam tadi aku tido lambat, pastu tadi plak bangun awal. Fine. Camni aaaa~

Aku ni allergic dengan gambar skema. Tak kisah la gambar untuk ic ke, kad matrik ke, gambar saiz passport yang amek kat kedai tu ke.. Automatically, perut aku akan memulas, jantung aku ni cam nak luruh sebab berdegup laju sangat, even nak telan air liur pun dah tak betul da. Cuak bukan main kau. Muka nak kata cun macam lisa surihani tu, memang nak kena sekeh laju2 la. Jauh sekali.. Ambik plak gambar skema. Haihh, aku sendiri pun tak sanggup nak tengok. Setengah jam nak gi JPN tu, aku memang tak senang duduk. Simptom2 cuak aku tu bertubi2 menyerang. Rase nak nanges je. Tapi sebab akak aku ade kat seblah, bajet cool jela.

Aku ingat amek gambar kat dalam bilik. Tapi depan kaunter tu je. Yang amek gambar tu plak lelaki. Peeewitt... Aku pun wat2 la senyum ala2 johan ratu kebaya Bahau. Sekali amek je. Done.. Haihhh, nyesal lak rasenye tak amek banyak2 since ade 10x trial. Obvious kot muka cuak aku. Dah settle sume, terus hilang segala senak perut aku tu. Kasar gurau.

Ah, tak kisah la ic ngan muka skema aku tu. Yang penting, aku dah lega. Tapi pasni kena amek gambar untuk wat sinaran passport kegemilangan plak. Gulllppp... Senak lagi la perut aku.


Thursday, 11 August 2011

Tentang Seseorang

Posted by Cikqa Ohsem at 11:57 am 2 comments
Ku lari ke hutan kemudian menyanyiku,.
Ku lari ke pantai kemudian teriakku
Sepi..sepi dan sendiri aku benci
Ingin bingar aku mau di pasar..

Pecahkan saja gelasnya biar ramai
Biar mengaduh sampai gaduh 
Ada malaikat menyulam jaring labah-labah belang di tembok keraton putih
Kenapa tidak kau goyangkan saja locengnya biar terdera
Atau aku harus lari ke hutan
Belok ke pantai..?
 
Bosan aku dengan penat
Dan enyah saja kau pekat
Seperti berjelaga jika ku sendiri

Thursday, 4 August 2011

Pukal

Posted by Cikqa Ohsem at 11:53 pm 0 comments

Assalamualaikum..

Lame da tak update blog nih.. Cuti ni memang jarang sangat on9. Da nama pun cuti.. Tapi takpe. Sebelum bersawang blog aku, nah.. sehempuk aku bagi.

#1 : Lots of Love

Posted by Cikqa Ohsem at 11:51 pm 0 comments








#2 : Shake Ya Body

Posted by Cikqa Ohsem at 11:45 pm 0 comments

Assalamualaikum..

Dah sebulan cuti.. Rindu Kedah, rindu UUM, rindu char kuey tiaw Iman! Guess what, akhirnya aku jumpa 1 tempat makan yg masyuk kat sini..

Haa, ni yg aku order.. tadaaaa~






Char kuey tiaw die memang kawww. Rasa macam makan kat utara.. Lagi satu specialty kat kedai tu, dia punya Coconut Shake.. Pehhh, sedap gile oiii sampai rase nak nanges aa camni. Huhu.. Pastu an, kedai tu sangat comel.. sebab aku boleh makan sambil dok bersila. Bila da kenyang plak, aku boleh duduk bersandar, pastu luruskan kaki dan bersedia utk tido..




Owh, aku jatuh cinta sama ini..



 

Cikqa Ohsem Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review