Tuesday, 20 November 2012

Please...

Posted by Cikqa Ohsem at 4:01 pm 0 comments

Whoever you are,
I beg you..
If you can't boycott Israeli goods
Please pray for our brothers and sisters
Pray for GAZA!
For the sake of humanity..


Tuesday, 30 October 2012

Dulu Benci, Sekarang...

Posted by Cikqa Ohsem at 5:30 pm 0 comments
Orang cakap, kalau benci, jangan benci lebih-lebih. Nanti benci jadi sayang. Tapi, kalau dah benci tu, benci jugak. Eh? Hee..

Dulu mula-mula masuk practical, eksaited kemain. Awal pagi lagi dah siap cangok tunggu masa sesuai nak keluar rumah. Perfume sekampung bau. Kalau boleh, malam sebelum tido nak pakai baju pegi opis siap-siap. Esoknye bangun terus keluar rumah je. Tapi.. tu for the first and a few days later je. Lepas yang a-few-eksaited-days later tu, rase taknak mandi pegi opis pun hado.

Rupenye hari-hari pegi opis tu sesuatu yg tak menyeronokkan rupenye. Bosan buat benda rutin. Time tu mula la pikir nak sambung belajar sampai bebile. Dah la takde hati nak pegi opis, mengadap keje + orang kat opis tu, tension Ya Rabbi. Mintak penumbuk je sorang-sorang. Mulut ni pulak tak berhenti-henti komplen. Ade je yg tak kene. *ye, komplen. bukan mengumpat. :) Empat bulan jugak la dok mengadap benda yg same. At last, merdeka jugak.

Tapi...
Bile dah tak masuk opis ni, rase rindu. Suasana opis, staff kat sane, dan yg paling rindu, budak-budak senget kat opis tu. Sebab kitorang dah jadi sangat rapat. Makan same-same, gelak same-same, nanges same-same, mengutuk same-same buat benda jahat same-same. Semua same-same. Habis, apa yg tak same? 

Staff yang annoying pon dah bertaubat dalam bidang annoying die tu. Senang cite, dah rapat ngan semua macam family la *eceh, rapat sket, family terus. Ce gadoh, binatang haram tu jugak yg keluar. Hee. Senang cite, dah gaul sebati la ngan opis tu. Sebab tu rinduuu.. Ke aku sorang je dalam dunia ni yg rindu kat opis? Ke camne?



Tunggu jelah kalau-kalau ade berita baik dalam masa terdekat ni. InsyaAllah..

p/s: Pagi2 lagi dah mesej kate opis boring & sunyi. Rindu lettew :)

Thursday, 18 October 2012

Chill

Posted by Cikqa Ohsem at 4:24 pm 0 comments



Sometimes I worry too much.
Worry about things that may never happen. 
Worry for no reason. 
My mind runs like crazy.
And I'm going crazy as well.
In facts,
Everything went and goes great.
Sigh.
Chill lah.
Like Bob Marley said,
When you worry you make it double
Don't worry be happy
Hoyeahhh!
(^_^)v


Tuesday, 16 October 2012

Kerja..Kerja..dan Kerja

Posted by Cikqa Ohsem at 4:03 pm 0 comments
Hari ni baru hari Selasa. Tapi lemau nye macam dah berminggu-minggu tak jumpa weekend. Memang pegi opis tu membosankan eh? Seksa nak tunggu waktu balik. Da macam badak air pun ade jugak dok menguap berjuta kali. Kena plan pegi holiday nih kasi refresh sket. Hee.

Oh, disebabkan practical training habis hujung bulan ni, so sape-sape laki yang hensem, bujang, baik hati & pandai masak kat luar sana tu, boleh la masuk meminang. Hikhik. Gatai ngat awok nih. Bukan. Bukan. Yang sebenarnye tadi hantar job application letter kat company tempat practical sekarang ni dengan satu lagi company lain. Harap-harap ada rezeki la. Boleh kumpul duit nak kawen. Eh? Gatai lagi. Maafkan saya ^_^

Eh, ape ni kawen-kawen pulak. Loan PTPTPu sape nak bayar? Hakakkk jugak kennn. Haa..

InsyaAllah, doa-doa jelah ade rezeki kat situ. Rase dah dewasa la pulak kena kerja lepas ni. Eh, takde ke vacancy untuk post Managing Director? Nak apply ha. Penat pulak rase jadi kuli nih.


Saturday, 13 October 2012

Iols? Pon Boleh..

Posted by Cikqa Ohsem at 7:03 pm 2 comments
Assalamualaikum..

4 bulan tak update blog, bersebab. Dalam 4 bulan ni jugak iols fikir. Rasanya tak perlu kot nak rasa down bila dapat tau ada orang tu dalam diam sudi amek tau hal iols & jengah blog iols yg tak seberapa ni. Jangan ingat iols tak tahu tau sape yg singgah sini :) 

Kalau dulu tekanan perasaan, tapi sekarang iols takde perasaan. Hikhik. Ikut suka lah kalau orang tu dalam diam nak tau lagi ape iols buat, ape iols gebang, ape iols punya aktiviti. Iols tak kisah. Sebab iols tau bezakan apa yang public, apa yang private. Wah, feeling retis gittew. So, selamat datang ke blog iols ye.


Monday, 11 June 2012

The Red People

Posted by Cikqa Ohsem at 3:03 am 2 comments

Semenjak belajar Spanish, semangat keSepanyolan menjadi-jadi. Nak pergi Spain! Nak jumpa Torres! Nak jumpa Fabregas! Tak lupa juga kepada Iniesta! :)  Haa, nampak tak dah jadi football fan kat situ? Jadi untuk Euro 2012 ni, sudah pasti la sokong Spain. All the best!


Viva España 

Friday, 8 June 2012

Kesayangan

Posted by Cikqa Ohsem at 9:02 pm 0 comments


It's 8th of June now
Another 8 days left before we apart
Though miles may lie between us
That doesn't make me love you any less
But somehow 
Make me love you even more
We still can be right next to each other
Because you're always in my heart.

Gonna miss all of you damn much!
♥

Saturday, 26 May 2012

Kurniaan

Posted by Cikqa Ohsem at 7:10 pm 0 comments

Di dalam LRT, anda bangun memberikan tempat duduk kepada pasangan orang tua.

Hasilnya, orang tua itu berasa bertuah dan bergembira dan senyum kepada kamu. Dan kita pula merasa gembira kerana tahu senyuman ikhlas itu datang daripada hasil kita beramal.

Tiada apa yang diharapkan kembali ketika itu. Perasaan riang yg sungguh indah itu adalah nikmat kurniaan Allah yg paling berharga untuk seseorang.

Jika boleh, ingin merasa kemanisan riang itu sepanjang masa. Tiada rasa letih, tiada kos dan pahala bertimbun.


SENYUM. - Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man






Friday, 25 May 2012

Entry Loser

Posted by Cikqa Ohsem at 7:35 pm 0 comments

Minggu terakhir sebelum final exam. Kuliah dah habis, jadi masa yang ada hanyalah untuk siapkan KP yg nak kena submit hujung bulan nanti. 

And this KP is killing me. 

Masa dah tinggal 5 hari, baru la terkial2 nak start buat. Dengan ilmu research tahap negatif, memang satu apa pun tak boleh buat. Ahh, loser gile. Ok, takde care lain melainkan call lecturer yg ajar Tourism Research sem lepas. Baru la terhegeh2 nak suruh die terangkan balik camne nak buat. 

Bile die dok ghalit terang pasal KP, aku tenung mata die, sambil dok ghalit berimaginasi : camne kalau tengah die bercakap tu, kepala aku tetiba meletup. Encik, sy tak paham. 10 encik cakap, 1 je sy dapat tangkap. Encik, maafkan dosa student encik ni  T_T

Dan sekarang masih ade masa lagi nak hapdet blog? 


Friday, 18 May 2012

Little Angel

Posted by Cikqa Ohsem at 3:24 pm 1 comments





♥ Missing her too much ♥


Saturday, 12 May 2012

Down

Posted by Cikqa Ohsem at 8:03 pm 3 comments

Separuh hati masih tabah, namun sebahagian lagi seperti mahu mengalah. Ouh Finance, you drive me crazy!  T_T


Wednesday, 9 May 2012

Islamik Sket

Posted by Cikqa Ohsem at 2:18 am 4 comments


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
(sambil tarik2 lengan baju, tutup aurat sampai hujung jari)




Just nak share info pasal aurat lelaki & perempuan
Takyah pening2 dah nak tanya mak ayah dulu, boleh salam ke tak.
Pastu takyah nak ngade2 nak salam sepupu yg ensem2 eh.
Takmo. Takmo.


Firstly, kite tengok yg perempuan.
Hamekawww.
Siap ngan peta yang aku sendiri tak tau mane puncanya.
Silap2, terus hafal ngan salasilah keluarga skali.





Ni pulak untuk lelaki.
Pasni no pegang2 na..




Semoga bermanfaat.

Friday, 4 May 2012

My Mistake

Posted by Cikqa Ohsem at 9:10 pm 3 comments




How I wish I could undo that.
I am truly sorry.



Thursday, 3 May 2012

I'm Slim And I'm Okay

Posted by Cikqa Ohsem at 7:57 pm 2 comments

I have fast metabolism. Before this, no matter how much I eat, I never gain weight. Rasa macam bela saka siot. But there are some girls keep saying, they wish they had a metabolism & thin body like me. I said, whattt? Uols gilo ko hapo? I know everybody wants to look slim but you can be called anorexic at times. Anorexia nervosa, bulimia, skeleton, those are some sweet nicknames that they used to call me in school. T_T 

Tapi persetankan saja semua itu. Sekarang ni aku cukup laa bersyukur dgn badan aku. Eh, banyak kelebihan badan macam aku tau. Walaupun BMI still tak berapa nak normal, tapi badan aku tak macam ibu-ibu mengandung anak kembar 3. Nak cari baju pun tak susah. Pun takyah berhabes beribu riban just to look slim. Yg aku plak berhabes duit untuk makan, makan & makan, but still maintain slim gittew. Miahahaha.. There are many reasons why people can't put on weight. Even if you makan bak saka mengganas but still gain no weight, then you might have some genetic problem or some other condition. Chill, girls. You are beautiful, in every single way. Supermodels tu kurus jugak hape. Eceehhhh. Sedap sket hati Mak Jemah ni haa..

Well, sebenarnye nak cite, tadi mintak duit makan. Tak banyak pun. RM400 je untuk sebulan. Sebulan, bukan seminggu. Standard la tu. Barang sekarang kan dah naik harga, mesti laa makanan pun makin mahal. Kan? Itu tak mintak lagi wang saku utk berpoya2. Last month berhabes RM750, beli barang sket, pastu selebihnya utk makan jela. Kena bebel. Habis tu, kena tengok orang makan je ke?? T_T 

Tapi kan, sekarang berat badan aku dah naik. Agak banyak. Almaklumlah, bahagia. Hewhewhew. Bagi orang yg susah nk gain weight macam aku, berat badan menaik tu adalah suatu keajaiban. Harap2, dengan RM400 bulan ni punya duit makan, berat aku boleh la naik capai target ---> 55kg. Sikit je lagi.

Keep it up, Eqa Suhayl.
 Hoyeahhhhh!!
 \ (^___^) /


Saturday, 28 April 2012

Drama

Posted by Cikqa Ohsem at 11:56 pm 2 comments






Well done!
Waiting for the next drama.
Btw, hello there. I'm your biggest fan. :D

Thursday, 26 April 2012

Good News, Bad News

Posted by Cikqa Ohsem at 6:43 pm 4 comments

After sekian lama aku dok serabut pikir, akhirnya permohonan tempat praktikal dah pun diluluskan. Hilang satu beban. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Tapi, Dia pun nak uji aku hari ni. Agak terkejut bila aku dibagitau yg makcik aku dah meninggal dunia, kena heart attack. Ajal maut, sape boleh sangka kan.. Teringat dulu arwah selalu datang tido kat rumah. Waktu arwah sakit dulu, tangan aku ni la yg urut die malam2. Kalau gi rumah die, segala makanan & buah die bungkus suruh bawak balik. Last jumpa waktu cuti sem yg lepas. Sempat aku belikan arwah handiplast sebab tangan die luka. Ya Allah, Kau ampunkanlah dosa arwah, Kau tempatkanlah roh arwah di kalangan orang yg beriman. Kau permudahkanlah segala urusannya di sana. Amin Ya Rabb.

Tuesday, 24 April 2012

Different

Posted by Cikqa Ohsem at 11:59 pm 2 comments


It's good to have money and the things that money can buy.
But it's good too, to check once in a while
that you haven't lost the things that money can't buy.


Everything is changing.

Monday, 23 April 2012

Si Kunen

Posted by Cikqa Ohsem at 12:47 am 4 comments






PROFILE

Nama Sebenar
Harumanis

Nama Timangan
Demok OmeyOmey

Darjah Kebesaran
King of Mangoes

Asal
Perlis

Riwayat Hidup
21 - 22 April 2012
.Rest in Peace.

Wasiat Terakhir
''Bawak bijik tu balik. Mak nak tanam.'' (Mak Comel, 2012)

Saturday, 21 April 2012

Lempang Nak?

Posted by Cikqa Ohsem at 2:20 pm 2 comments

Tadi pegi jalan-jalan. Pastu ade beberapa orang pandang2, pastu tetibe dorang datang dekat. Diorang hulur kertas mintak sign dan mintak nak bergambar sesame. Aku tanya kenapa. Dorang cakap aku Lisa Surihani. Aku berkali-kali kate bukan tapi diorang tak percaya. Siap aku tunjuk ic lagi. Pastu aku jalan lagi, ade makcik ni tanya sambil sengih2, 'Perut tu dah ada isi belom? Eh, sorang je? Yusri mane?' Aku bagi fotostat ic aku, dan terus lari sekuat hati meninggalkan makcik tu tadi. Eh, aku Eqa Suhayl la. Bukan Lisa Sughihani. Tolong lah pecaye T_T

Ok, tipu. Bye.

Friday, 20 April 2012

Life Goes On

Posted by Cikqa Ohsem at 11:57 pm 2 comments
Dear life,
Now is the 3rd week of April. It means that my student life is going to end soon, very soon. Feelings? Happy + sad + scared + excited + no feeling at all. I don't know how to describe them actually. Of course I'm happy for not going to stay up till late at night doing my assignments anymore, or feel a great pressure + depression because of some annoying person. But... from the deepest of my heart, I know i'm gonna miss all of my days that I used to spent here. 

The truth is, I'm not mentally & physically prepared to work. I'm not ready to be independent all by myself. The phase that I scared to face the real world, lots of challenges. I wonder if I can be tough, I wonder if my future treats me well, I wonder if I could make my parents proud of me.

Well, life goes on, so do I.. May Allah grant me a good life in this world & in the Hereafter.
 Amiin Ya Rabb.


Sincerely,
Eqa Suhayl Aiyub

Thursday, 19 April 2012

No Idea

Posted by Cikqa Ohsem at 9:05 pm 2 comments
Assalamualaikum..

Tetibe hari ni terbukak pintu hati mak nak hapdet blog. Kate nye ade orang rindu. Tapi mak hapdet yang ni jela dulu nyah.

Wednesday, 29 February 2012

Manusia

Posted by Cikqa Ohsem at 8:50 pm 5 comments


Bezakan antara "orang bijak yang bercakap" 
dengan "orang yang bijak bercakap"


Begitu juga bezakan antara "orang pandai yang menulis"
dengan "orang yang pandai menulis"


Wednesday, 22 February 2012

Not-So-Kool Fever

Posted by Cikqa Ohsem at 11:51 pm 6 comments


Running nose 
+
 batuk 
+ 
panas badan


♥ ubat dr doktor yg baik hati ♥


Harap2 cepat sembuh.

Baru Baru Semua

Posted by Cikqa Ohsem at 12:07 pm 8 comments

Hai! Semester baru, kelas baru, suasana baru dan rumet baru. Konon2 sekarang dalam proses nak adapt la kan. Semester ni nampaknya perangai InsyaAllah, senonoh serupa org sikit la kot. Takda dah bangkit dari lena matahari dok pacak tang ataih kepala nu. Bangkit 6.30 pg terus capai towel pi bilik ayaq dgn mata bukak separuh, mandi siap2 dalam keadaan separuh sedar tu. Pasai nya, la ni kelas start pukui 8. Haihhh.. awat pagi ngat ni Cik Jah?

UUM plak la ni depa punya gurau kasaq sungguh. Depa pi bagi kelas nuh kat tingkat 3. Dapat plak blok lain2, jauh toksah nak habaq la. Jenuh dok mendaki tangga tang tu ja.. Pastu sampai2 ja kelas, lecturer habaq kelas cancel. Terima kasih UUM. Ailevyu.

Tadi pulak pas kelas cancel, pi makan kat Famila Cafe. Dalam satu pinggan amek kuey tiaw + megi goreng + penne carbonara + spaghetti + sosej + coleslaw = duahenggetlapanplohkupang. Sedap. Owh ye, kelmarin pi cafe Muamalat, beli kat Nasi Tomato ayam seketui + teloq mata + nasi sparuh + sayur = pathengget. Tak sedap. Pakcik, semoga pakcik cepat pi nek haji ye. Ikhlas ni.

Ok lah, cukup lah dok berletiaq takat ni. Nak pi kelas satgi. Pukul 12.30 ade kelas Spanish. Semoga muka pon jadi cantik macam Adriana Reverón. Hewhewhew.


Adios.

Wednesday, 15 February 2012

Super Supreme With Love

Posted by Cikqa Ohsem at 12:57 am 0 comments


Yeeehaaaa.. ..

Sunday, 12 February 2012

Tercabar

Posted by Cikqa Ohsem at 12:06 am 2 comments


Latest one. Nampak macam biasa2 je. Nama pun kelakar, SUDOKU CABARAN MASA. Tapi.... kenapa la kau susah sangat? L  Ini bukan cabaran masa, tapi cabar tahap kesabaran. Sebelum ni tak penah pulak sampai keluarkan peluh jantan aku.

Wahai Sudoku Cabaran Masa, be nice to me please. I love you. Muah.

Tuesday, 31 January 2012

Ke Mana?

Posted by Cikqa Ohsem at 12:49 am 4 comments

Ok.. Sekarang dah cuti, masa utk berjimba dgn family dan kawan2. Dalam kepala ni, macam2 tempat nak pegi. Tapi...duit plak tak berapa nak cukup. Cemano tu? Ahh..den tak kiro. Den nak jugak poie bejalan.

Actually, dah lama berhajat nak ronggeng kat sekitar Negeri Sembilan ni. Nama je anak jati, tapi Seri Menanti pun aku tak pernah pegi. PD pun ade la beberapa kali jejak kaki kat sane. Seremban? Zaman sekolah dulu selalu la pegi sane beli barang sekolah. Konon2 kalau beli kat Seremban lagi ohsemm la dari beli kat pekan Bahau sebab beli kat ibu negeri. Macam bungokss. Jelebu pun aku tak sure la pernah pegi ke tak. Rembau, Linggi, dan..dan..dan.. name ape ntah lagi, lagi la aku tak pernah pegi. Haihhh..


Friday, 20 January 2012

Risk

Posted by Cikqa Ohsem at 5:38 am 1 comments




Risk must be taken coz the greatest hazard in life is to risk nothing.
I'll keep on fighting.








Thursday, 19 January 2012

Jahil

Posted by Cikqa Ohsem at 4:54 am 1 comments


Ada teratak di hujung kampung
Bawah cermin kopak ada kotak
Tersembunyi dalamnya ada tempurung
Sembunyi bawahnya katak melalak



Manusia dengan katak itu tak sama. Apatah lagi anjing. Makanya, jadi manusia itu jangan jadi seperti katak melalak mahupun anjing yang kuat menyalak. Hina.



Guna hak berfikir sebelum hak untuk bersuara
Kalau terpelajar sila guna hak miranda




Sekian.

Wednesday, 18 January 2012

Finally..

Posted by Cikqa Ohsem at 11:12 pm 8 comments


Exam Dah Habis !!!!

\ (^___^) /


Friday, 13 January 2012

It's January 13

Posted by Cikqa Ohsem at 2:51 am 2 comments




Wahai kakak ku,

Kadang2 kita bestfren mcm eh-nasib-baik-mak-lahirkan-kau-jd-kakak-aku,
Kadang2 kita gaduh mcm mintak2-lah-mak-abah-halau-kau-dari-rumah,
Kadang2 kita buat keje bodoh mcm ohh-aku-tak-terkejut-lah-kau-buat-keje-bebal-camni,
Kadang2 bila susah masing2 mcm alahai-kesian-pulak-kat kau,
Kadang2 barang2 kita da mcm brg-mu-brg-ku-jua-brg-ku-brg-ku-saja,
Kadang2 bila jauh aku rindu mcm kan-best-klu-kau-ade,
Kadang2 bila bosan kau call aku mcm elehh-rindu lettew..

Tak kisah la berape banyak kadang2,
Perasaan ni tetap sama,
Aku sayang kau,

Tapi bila aku start buat perangai meroyan + annoying,
Kau memang takleh buat ape la,
Sebab aku tetap adik kau sampai bila2  (^.^)

Hari ni 13 Januari 2012,
Aku ucapkan SELAMAT HARI LAHIR,
Segala harapan yg baik aku doakan utk kau,
Kawen lah cepat,
Bagi aku anak buah yg comel sebab Yasmin dah besar,
Nak buli anak kau pulak.



♥ Teman dunia akhirat  ♥




Thursday, 12 January 2012

Sempurna

Posted by Cikqa Ohsem at 6:54 pm 5 comments






Tuesday, 10 January 2012

Makcik Cleaner Ohsemm

Posted by Cikqa Ohsem at 8:09 pm 7 comments

Petang yang indah di Sintok dihabiskan dengan mengemas harta2 peninggalan dan harta2 sepencarian yang memenuhi ruangan bilik bernombor 133, DPP Bank Muamalat. Satu kebenaran nyata yang selama ini telah disedari kewujudannya namun dinafikan oleh hati kecil ini akhirnya terungkai jua. Menyamakan sampah dengan konsep investment itu adalah salah sama sekali. Konon2 macam emas, makin lama disimpan, makin tinggi nilai estetikanya. Puihhh, ternyata selama ini hampir separuh daripada harta tawanan perang milikku rupanya sampah semata2. Kertas yang tak berguna lagi yg disimpan dari sem 1, printer yang dah rosak, kotak kasut yang hanya tinggal kotak tetapi kasutnya telah pun lusuh dipakai dan ade di antara nya yang dah tak wujud dah pun, dan macam2 lagi barang yang aku pun dah lupa aku pernah beli semua tu. Apesal la boleh timbul rasa sayang nak buang semua tu dari awal lagi haa? 


Sorong papan tarik papan,
Papan nya pula sudah melekat,
Tidak mengapalah sampah yang disimpan,
Itu lebih baik daripada menjadi sampah masyarakat.



Pertama

Posted by Cikqa Ohsem at 11:14 am 5 comments
Assalamualaikum..

Yeahh.. entry yg pertama kali nya utk tahun 2012. Wishlist? Kawen. Takyah nak tunggu tahun baru kot. Otak ni sentiasa ligat mencanang idea2 ohsemm sepanjang tahun untuk memenuhi segala kehendak dan keperluan nafsu dalam diri ini.

New year yang tak berapa nak ohsemm sangat lah sebab start first paper Tourism Research 2hb itu hari sudah bikin down abes. Siyesli down. Tak cite lagi paper Event Management, Tourism Seminar dan Business Report Writing. Memang taknak cite pun. Otak ni juga masih lagi belum sedia nak berperang dengan 3 paper lagi.
14hb - Business Accounting
16hb - Tourism Policy
17hb - Service Marketing
(wish me luck)

Oh ye.. Sem depan last kuliah. Kena start cari tempat praktikal dari sekarang. Mane nak p ntah. Mental dan fizikal belum ready sepenuhnya lagi. Nanti2 la fikir ye dok.

Btw, Hello 2012. I'm Eqa Suhayl, 22, bujang, belum lagi mendaftar sebagai pengundi, mahir mengendalikan peralatan memasak. Ye, mahir tidak bermaksud masakan kompem sedap ye tuan2 dan puan2. Apa yang pasti, masakan saya tidak sampai ke tahap membunuh. InsyaAllah. 

. 
 

Cikqa Ohsem Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review