Fuhhh~ Da boleh tarik nafas lega sikit. Lately aku agak busy mentelaah pelajaran dengan penuh rasa keinsafan, kekesalan, kerajinan, kesungguhan..errr macam ketahian je ayat aku. Padahal dok leka online pesbuk, menyemak kat wall orang, cari pasal macam mintak penampar pergibalik lajulaju lapanplohlapan kali, sampai takde sape nak tulis pape kat wall aku, even reply komen aku.. Hehe. Tu yang aku nak. Okay, back to the track. Exam aku start :
11 May - Tourism Planning & Development
13 May - HR
15 May - Hotel Operation
Untuk 1st paper, Alhamdulillah. Sebijik cam soalan past year. Nasib baik la timbul rasa kerajinan untuk aku buat soalan past year tu. So, agak academic la jawapan aku. Tu pun ade yang tak siap satu soalan. Huhu. Kalau la setiap paper keluarkan soalan yang same ngan past year, dapat lak aku rajin nak wat skrip jawapan, aku rase memang resign semua lecturer dari mengajar nanti. Terkejut tengok aku academic sangat. 'Ah, banyak cantik muka kau', gerutu eqa suhayl dalam hatinya. Masuk 2nd paper, da start wat mengong da.. Soalan dia wat aku rasa macam tak pernah masuk kelas. Tapi betul la tu. Hehe. Start la aku wat jawapan mengarut. Ha, ni nak cite 3rd paper lak.. Soalan die lagi la wat aku rasa cam tak pernah masuk universiti. Lain yang aku hafal, lain yang keluar. Nasib je soalan tu tulis atas kertas. Kalau soalan tu keluar dari mulut orang la, mau je aku tempeleng kepala orang tu lajulaju. Aku pun bayangkan la yang lecturer tu sendiri yang tanya aku depan2. Hehe.. ok, tak tak tak.. Gurau je :) So, dengan bangganya, aku pun tulis la jawapan yang bukan ikut buku, tapi ikut suka aku. Exam hall sejuk cam bilik mayat kot. Port plak baik, betul2 sebelah lubang aircond. Bulu roma aku bikin pacak je sepanjang 2 jam setengah masa exam tu. Kuku jadi kaler purple da. Tangan aku mula la start rase nak cramp. Nak tulis pun jadi slow. Err,boleh tak jadikan ini alasan tak dapat jawab exam? boleh kn? kn? Aku tak terkejut kot kalau lecturer tu letak jawatan tengok jawapan aku..
Ok, 3 paper da settle. I've got 4 more papers to go.
20 May - Process Writing
23 May - Travel Service
25 May - Heritage
26 May - Tourist Behavior
Adeh la.. Rase da tepu otak aku study da. Still banyak lagi nak kena bace. Tu la, dulu orang suh pi klas, suh blaja. Ni tak, corak baju lecturer tu yang kau perhati. Wuuuu.. Boleh tak nak upah orang study untuk aku. Nanti bluetooth la balik kat aku. Err, tak leh eh? Eleh, kedekot.
Eh2, panjang plak aku taip kat sini. Kalau kat answer sheet, suku drpd entry ni pon belum tentu. Yela2, pasni aku jawab exam ibarat update blog ea. Niat nak study tu da ade. Tapi malangnya, niat tak menghalalkan cara. Setakat niat je lebih, siap baca lafaz niat lam hati, tak guna jugak kalau tak baca buku. Eh, ape itu buku? Dah la.. kenapa entry aku begitu academic nih? Ini bukan eqa suhayl. Kembalikan eqa suhayl yang sebenar!
Ok, aku nak study. Segala pesanan ringkas dan panggilan telefon tidak akan dilayan. Harap maklum. Ape? Betul la. Kalau rase nak hentak kepala kat dinding sebab tak percaya, silakan. Kepala kau yang sakit. Hehe.
Till next time~
Assalamualaikum..

2 comments:
bila plak entry psl syafiq iffat ni?hehe
all the best itk exam ni.
sy slalu mdoakn kjayaan eqa suhayl
hehe..thanx a lot.
gud luck jgk utk awk yg nk g intern x lame lg..
Post a Comment